Unit Kejuruteraan
PENGENALAN
Unit Kejuruteraan Operasi Hospital Ranau beroperasi di bangunan Wad Perempuan Hospital Ranau, Sabah.
Unit Kejuruteraan Operasi Hospital Ranau beroperasi di bangunan Wad Perempuan Hospital Ranau, Sabah.
Unit Kejuruteraan ditubuhkan bagi membantu pihak pengurusan hospital bagi memantau pelaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital bagi perkhidmatan pendobian (LLS), pencucian (CLS), pengurusan sisa-sisa klinikal (CWMS), kejuruteraan fasiliti (FEMS), kejuruteraan biomedikal (BEMS) dan pengurusan fasiliti (FMS) agar ianya dilaksanakan mengikut perjanjian konsesi yang telah dimeterai.
Selain dari itu, Unit Kejuruteraan memberi bantuan dalam aspek teknikal kepada pihak hospital bagi pembangunan hospital agar menepati garis panduan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
VISI
Menyediakan pasukan kerja profesional yang cekap dan berkemahiran tinggi dalam penyediaan perkhidmatan kejuruteraan dan saintifik yang berkualiti dan berinovatif di Kementerian Kesihatan Malaysia.
MISI
Sentiasa berusaha untuk memastikan penswastaan khidmat sokongan hospital yang diberi kepada syarikat konsesi dapat memberikan manfaat yang sepenuhnya kepada institusi kesihatan dan membantu menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang bermutu tinggi kepada pelanggan.
OBJEKTIF
- Menyediakan dan membantu pelaksanaan program perkhidmatan sokongan hospital secara menyeluruh.
- Melindungi kepentingan Kementerian Kesiahatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.
- Memastikan perkhidmatan sokongan hospital diberikan secara selamat, cekap dan berkesan.
SKOP PERKHIDMATAN
- Menyemak aduan yang diterima daripada jabatan/unit/klinik/wad dan menjalankan siasatan dan tindakan lanjut bagi memastikan perkhidmatan operasi hospital tidak terjejas.
- Menyediakan skop kerja bagi kerja-kerja pembinaan kecil samada baru atau ubahsuai.