Unit Kerja Sosial Perubatan


PENGENALAN
Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) memberikan bantuan kepada pesakit khususnya dari aspek mengatasi masalah psikososial dan sosio-ekonomi agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan boleh berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya atau masalah yang dihadapi.

VISI
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik

MISI
Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.

OBJEKTIF
1. Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
2. Membantu memulihkan kefungisan sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
3. Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.

PIAGAM PELANGGAN
1. Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosioekonomi.
2. Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
3. Segala pengurusan permohonan bantuan praktik dan terapi sokongan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan agensi yang berkaitan, sumber sedia ada dan kelayanakn pemohon.

PERKHIDMATAN UKSP
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan di Hospital Ranau adalah untuk memberi bantuan psikososial kepada pesakit dan / atau waris. Bantuan psikososial ini melibatkan penilaian biopsikososial yang perlu dijalankan ke atas pesakit dan / atau waris oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan sebelum intervensi bantuan praktik dan intervensi terapi sokongan diberikan.

-Intervensi Bantuan Terapi Sokongan melibatkan:
1. Khidmat Perundingan
2. Sokongan Emosi
3. Intervensi Krisis

Meliputi kes keganasan rumah tangga, Ibu Tanpa Nikah, Penderaan dan Pengabaian Kanak-Kanak, Jenayah Seksual dan kes-kes lain yang berkaitan.
- Intervensi Bantuan Praktik melibatkan aspek:
1. Bantuan kewangan (pembelian peralatan perubatan, pembelian ubat-ubatan, membiayai kos rawatan atau bantuan am)
2. Penempatan institusi
3. Mengesan waris.

Bantuan praktik ini diberikan kepada pesakit akut dan kronik.

Waktu Operasi
Isnin - Khamis
• 8.00 a.m. - 1.00 p.m.
• 2.00 p.m. - 5.00 p.m.

Jumaat
• 8.00 a.m. - 11.30 a.m.
• 2.00 p.m. - 5.00 p.m.

Lokasi
Bilik 4,
Hospital Ranau,
89300 Ranau Sabah

No Telefon
088-875267
Sambungan: 146