Unit Kesihatan Awam


1. PENGENALAN

Unit Kesihatan Awam , Hospital Ranau telah ditubuhkan pada July 2019. Ia adalah susulan daripada penempatan seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29/U32 di hospital ini. Unit ini akan melaksanakan beberapa aktiviti terutama aktiviti melibatkan kawalan penyakit dan kesihatan pekerjaan. Pada tahun 2008, Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) telah mengeluarkan Pekeliling Bil. 1 Tahun 2008, bertajuk Skop Kerja, Fungsi dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29/U32 di Hospital-hospital Kerajaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Melalui pekeliling ini skop kerja Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran telah diperincikan melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan berdasarkan sub aktiviti yang dipadankan dengan aktiviti inspektorat di Pejabat Kesihatan Daerah. Sehingga kini semua aktiviti Unit Kesihatan Awam adalah tertakluk di bawah pekeliling ini. Sejajar dengan perkembangan semasa, pertambahan bilangan anggota juga turut berlaku di unit ini.

2. OBJEKTIF

2.1 Memperkasakan aktiviti berdasarkan tenaga kerja yang ada dan perkembangan aktiviti Kesihatan Awam, Inspektorat dan Kesihatan Persekitaran.

2.3 Meningkatkan keupayaan kemahiran anggota Unit Kesihatan Awam sejajar dengan keperluan perkhidmatan di hospital.

3.0 SKOP KERJA, FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB UNIT KESIHATAN AWAM, HOSPITAL RANAU

3.1 TUJUAN

Bertujuan untuk mengemaskini dan menjelaskan skop kerja, fungsi dan tanggung jawab pegawai-pegawai yang bertugas di bawah Unit Kesihatan Awam, di Hospital Ranau.

3.2 CARTA ORGANISASI





3.3 SKOP KERJA

3.3.1 Pegawai ini bertanggungjawab terus kepada Pengarah Hospital dari segi pentadbiran, emolumen, pelan tindakan kerja tahunan dan laporan prestasi tahunan. Beliau bertanggungjawab merancang, menyelaras, memantau dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kesihatan awam di kawasan hospital dan premis-premis lain di bawah pentadbirannya.

3.3.2 Dari segi teknikal pegawai ini bertanggungjawab kepada Pegawai Kesihatan Daerah di mana beliau bertugas.

4.0 FUNGSI

Fungsi-fungsi pegawai ini adalah dalam bidang berikut:

5.1 Kawalan Penyakit (tidak termasuk Penyakit Berjangkit, Penyakit Berjangkit, Penyakit Bawaan Vektor dan AIDS/STI)
5.2 Keselamatan dan Kualiti Makanan
5.3 Kesihatan Persekitaran
5.4 Penguatkuasaan dan Perundangan
5.5 Laporan dan Pengkalan Data.
5.6 Promosi Kesihatan
5.7 Kajian dan penyelidikan
5.8 kawalan Vektor

5.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

5.1 KAWALAN PENYAKIT


Merancang dan melaksanakan segala langkah pencegahan dan pengawalan bagi setiap penyakit berjangkit agar tidak menular kepada pesakit, pesakit lain, anggota dan orang awam semasa dalam hospital. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah :

5.1.1 Memantau dan memastikan pelaksanaan sistem notifikasi penyakit berjangkit mengikut perundangan.

5.1.2 Pemantauan pelaksanaan prosedur pengasingan semasa pengendalian wad-wad penyakit berjangkit dan pelaksanaan aktiviti kawalan penyakit berjangkit yang berlaku di hospital.

5.1.3 Penyiasatan awal dalam kejadian penyakit berjangkit di hospital.


5.1.4 Memantau dan memastikan pelaksanaan sistem e-notifikasi di hospital.

5.1.5 Sekretariat dalam aktiviti kawalan wabak di hospital.

5.1.6 Membantu aktiviti pemantauan, pengambilan sampel dan surveilan penyakit berjangkit yang dilaksanakan di hospital.

5.1.7 Menjadi unit perhubungan di antara pihak hospital dan pejabat kesihatan jika berlaku wabak atau semasa aktiviti pemantauan pandemik penyakit berjangkit.

5.1.8 Bekerjasama dengan Unit Penyakit Berjangkit hospital dalam mengendalikan mesyuarat mortaliti penyakit berjangkit di hospital dan hadir di mesyuarat mortality peringkat negeri.



5.2 KAWALAN VEKTOR

Merancang, mengatur dan menyelaras kerja-kerja pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor melalui aktiviti berikut :

5.2.1 Melaksanakan dan memantau perlaksanaan Program Bebas Denggi di hospital.

5.2.2 Memastikan kawasan hospital bebas daripada Lipas, Lalat, Tikus dan Nyamuk di bawah Program LILATIN.

5.2.3 Menyediakan pelan tindakan bagi kerja-kerja ‘source reduction’ bagi mengawal semua jenis nyamuk, dan membuat cadangan untuk mengatasi masalah pembiakan nyamuk.

5.2.4 Menjalankan aktiviti promosi kesihatan terhadap kawalan vektor kepada semua kakitangan hospital.


5.3 KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

Merancang,mengatur dan menyelaras aktiviti-aktiviti berikut:


5.3.1 Melaksanakan pemeriksaan semua premis makanan di kawasan pentadbiran hospital.

5.3.2 Melaksanakan aktiviti persampelan dan pemantauan kualiti makanan di premis makanan termasuk dapur hospital.


5.3.3 Melaksanakan aktiviti rampasan makanan yang melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.

5.3.4 Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan-aduan berkaitan makanan.

5.3.5 Memastikan pengendali makanan mengamalkan amalan yang higen.

5.3.6 Memantau status pemeriksaan kesihatan pengendali makanan.

5.3.7 Bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah di dalam menjalankan penutupan premis makanan di bawah seksyen 10 dan seksyen 11 Akta Makanan 1983.

5.3.8 Membantu dalam penyediaan kertas siasatan berkaitan tindakan mahkamah kes-kes yang melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.

5.3.9 Memantau aktiviti penjaja makanan di kawasan hospital.


5.4 PENGUATKUASAAN

Merancang, mengurus, menyelaras dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaaan akta-akta dan peraturan-peraturan berikut:

5.4.1 Akta Makanan 1983

5.4.2 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

5.4.3 Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004

5.4.4 Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009

5.4.5 Peraturan-peraturan Makanan 1983

5.4.6 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975


5.5 KESIHATAN PERSEKITARAN

Merancang dan melaksana aktiviti kesihatan persekitaran bagi memastikan persekitaran hospital adalah bebas daripada penyakit yang berpunca daripada persekitaran yangtidak sihat.


5.5.1 Menjalankan ‘Environmental Health Risk Assessment (EhRA)’ di persekitaran dan tempat kerja hospital.

5.5.2 Menjalankan Environmental Health Impact Assessment (EHIA) ke atas projek-projek yang dijalankan di kawasan hospital.

5.5.3 Memberi nasihat teknikal berkaitan isu kesihatan persekitaran terhadap semua aktiviti pembangunan bangunan dan penambahan peralatan baru di hospital.


5.5.4 Sebagai ahli Jawatankuasa Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan)(ERP) di hospital dan berperanan sebagai Liasson Officer di antara pihak Hospital dan CPRC, Ibu Pejabat.

5.5.5 Melaksanakan ‘Green Hospital Initiative’ bagi mengelakkan hospital menjadi punca pencemaran alam sekitar.

5.5.6 Melaksanakan kajian Pengetahuan, Amalan dan Sikap ke atas anggota hospital berkaitan dengan penyakit berjangkit dan bukan berjangkit.

5.5.7 Menjalankan kajian Persepsi di kalangan orang awam/pelanggan hospital tentang keadaan persekitaran hospital dan keperluan untuk meningkatkan tahap persekitaran di hospital.


5.6 LAPORAN DAN PENGKALAN DATA

5.6.1 Menyimpan dan mengemaskini segala data berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.

5.6.2 Menyediakan laporan secara berkala mengikut aktiviti-aktiviti yang dijalankan kepada pihak tertentu.


5.7 PROMOSI KESIHATAN

5.7.1 Menyelaras, mengatur dan menyelaras aktiviti promosi kesihatan awam.