Unit Kualiti
PENGENALAN
Unit ini berfungsi sebagai pusat penyelarasan aktiviti -aktiviti kualiti yang dijalankan di hospital ini. Unit ini menjalankan aktivitinya berpusat di Unit Kualiti yang terletak satu bangunan dengan Unit Hemodialisis dan Wad Lelaki yang berhampiran dengan Klinik Psikiatrik.
OBJEKTIF
Unit Kualiti menyelaras semua aktiviti kualiti hospital supaya perkhidmatan atau produk yang dihasilkan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Hospital, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
VISI
Menerapkan kualiti sebagai budaya kerja untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan kepada mesyarakat.
MISI
1.Berusaha untuk memberikan perkhidmatan berkualiti dengan menerapkan nilai-nilai profesionalisma, semangat kerja berpasukan dan penyayang dalam usaha mencapai prestasi kerja cemerlang demi untuk meningkatkan kesihatan dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
2. Memastikan setiap aktiviti kualiti yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya oleh kakitangan Hospital.

FUNGSI-FUNGSI
Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kualiti.
Menyelaraskan mesyuarat kepada semua Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti Kualiti Hospital sepertimana diarahkan oleh Pengarah Hospital.
Menfailkan semua laporan-laporan daripada Jawatankuasa Aktiviti kualiti.
Melaporkan kepada Pengarah Hospital tentang laporan-laporan aktiviti kualiti yang telah disediakan oleh setiap pengerusi aktivit kualiti (mengikut jadual yang ditetapkan/bila diperlukan).
Memastikan semua Penyelaras Kualiti menyediakan laporan masing-masing sebelum Mesyuarat Usaha Peningkatan Kualiti dijalankan.
Melaksanakan dan memantau aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti di hospital yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mendokumentasi serta menfailkan semua dokumen-dokumen yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pentauliahan hospital iaitu mengekalkan MS ISO 9001 dan mendapat pengtauliahan Akreditasi.
Penghantaran laporan terkini aktiviti-aktiviti kualiti ke JKNS dan KKM mengikut jadual yang ditetapkan atau bila diperlukan
Menyelaras Persidangan Kualiti sebagai aktiviti tahunan
PIAGAM PELANGGAN UNIT KUALITI
1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, hormat dan bersopan santun, ikhlas dan cekap.
2. Memberikan perkhidmatan terhadap perkara-perkara berikut: -
2.1 menyediakan program serta surat jemputan ceramah / bengkel / mesyuarat dalam jangka masa tiga (3) hari sebelum tarikh yang ditetapkan.
2.2 mengedarkan program / surat-surat berkenaan seminggu sebelum program / mesyuarat diadakan.
2.3 menyiapkan / memberikan minit mesyuarat dalam masa tujuh (7) hari selepas mesyuarat diadakan.
3. Memberikan maklumat / maklumbalas yang diperlukan oleh pelanggan tentang aktiviti kualiti dengan serta - merta bagi maklumat yang sedia ada atau menyediakannya dalam jangka masa tiga (3) hari.