Unit Pemulihan Cara Kerja


Unit Pemulihan Carakerja telah dimulakan sejak Mac 1997 tetapi terhenti perkhidmatannya pada Julai 1998 kerana Jurupulih telah berpindah berkhidmat ke hospital lain.

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja kembali berfungsi di hospital ini pada Ogos 2002. Unit Pemulihan Carakerja ditempatkan sementara di bilik pemandu (bilik 9) dengan konsep kongsi bersama dengan Unit Fisioterapi. Namun, pada Jun 2003, Unit Pemulihan Carakerja telah berpindah ke salah sebuah bilik rawatan di Wad Pediatrik manakala bilik rawatan pula dijalankan di bekas wad kelas pertama bersebelahan dengan Unit Tabung Darah. Pada Mac 2004, akhirnya Unit Pemulihan Carakerja diberi satu bilik khas iaitu bekas wad kelas pertama yang juga merupakan bilik rawatan yang dikongsi dengan Unit Fisioterapi sebelum ini.

Bilik bekas wad kelas pertama ini kekal digunakan sebagai bilik Unit Pemulihan Carakerja sehingga kini dimana semua perawatan dilakukan di sini.
Profesion Pemulihan Carakerja (Occupational Therapy) mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan melalui pekerjaan. Tujuan utama adalah untuk membolehkan individu terlibat di dalam menjalankan aktiviti kehidupan seharian.
Masa Operasi

Hari

Masa

Masa

Isnin-Khamis

8:00am-1:00pm

2:00pm-5:00pm

Jumaat

8:00am-11:30am

2:00pm-5:00pm

Sabtu,Ahad & Cuti Umum

Tutup

Tutup