Unit Pengurusan
PENGENALAN
Unit Pengurusan Hospital Ranau memberikan perkhidmatan yang amat luas dan menyeluruh. Ini adalah kerana kakitangan Unit Pengurusan bukan sahaja memberikan perkhidmatan bukan sahaja untuk 321 orang kakitangan tetapi melibatkan pelanggan yang berurusan dengan hospital. Unit Pengurusan dianggotai oleh 22 orang kakitangan dengan pelbagai jawatan iaitu:-
- Pengarah Hospital (1 orang)
- Pegawai tadbir (1 orang)
- Tadbir Kanan (Kerani/Operasi) (1 orang)
- Tadbir (Kerani/Operasi) (10 orang)
- Tadbir Kanan (Kewangan) (1 orang)
- Akauntan (KUP) (2 orang)
- Tadbir (Kewangan) (4 orang)
- Khidmat Pelanggan (2 orang)
- Operasi (1 orang)
VISI
Memperbaiki dan mengemaskini tatacara pengurusan dari masa ke semasa demi mencapai kepuasan pelanggan melalui penyelarasan budaya korporat dan peningkatan kualiti yang berkesan.
MISI
Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan demi meningkatkan kualiti, produktiviti dan imej hospital.
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan teratur berdasarkan prosedur dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan / KKM dari masa ke semasa.
SKOP PERKHIDMATAN
- Bahagian Pentadbiran yang mana meliputi tugas-tugas pengurusan peribadi atau perkhidmatan pentadbiran am, perjawatan, pembangunan, dan latihan serta mengurus harta modal dan inventori.
- Bahagian Kewangan dan Hasil mengurus segala pembayaran gaji, tuntutan elaun, bayaran kepada pembekal, mengutip kutipan hasil dan segala urusan kewangan yang lain.
- Bahagian Perkhidmatan yang mengendalikan urusan perlantikan kakitangan sehingga kepada urusan pencen (persaraan) kakitangan Hospital Ranau.