Unit Rekod Perubatan
Unit Rekod Perubatan merupakan salah satu unit yang berperanan amat penting di dalam perkhidmatan hospital. Fungsi utamanya adalah menyimpan rekod perubatan pesakit dalam, mengumpul data, menyediakan statistik dan mengendalikan pelbagai jenis laporan perubatan. Unit ini dikendalikan oleh seorang Penolong pegawai tadbir, 3 orang pembantu tadbir , 1 orang Pembantu Awam dan 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.
OBJEKTIF:
a. Mengurus rekod perubatan pesakit dengan teratur dan selamat.
b. Menyediakan statistik yang tepat.
c. Menyediakan maklumat kesihatan dalam tempoh yang ditetapkan.
VISI:
Menjadikan Unit Rekod Perubatan sebagai pusat maklumat dan dokumentasi kesihatan yang cemerlang.
MISI:
Menyediakan perkhidmatan Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan/Health Information Management System (SMPK/HIMS) dan pengurusan Rekod Perubatan Pesakit (RPP) yang efisien dan tepat melalui amalan profesionalisma, kerja berpasukan ,mesra pelanggan dan penggunaan teknologi maklumat untuk memenuhi kehendak pelanggan.
SKOP PERKHIDMATAN.
1. Unit Rekod Perubatan bertanggungjawab untuk mengurus semua RPP yang meliputi aktiviti-aktiviti berikut:
a. Mengurus dan menyelaras urusan-urusan berkaitan dengan pengurusan RPP mengikut prosedur yang ditetapkan.
b. Menyimpan RPP mengikut tempoh yang ditetapkan dan melaksanakan aktiviti pelupusan mengikut Jadual Pelupusan Rekod Perubatan seperti di dalam Jadual Pelupusan Rekod Perubatan ( Jadual Pelupusan Rekod Perubatan 2016 KKM ).
c. Memantau pergerakan dan penggunaan RPP.
d. Menentukan kod untuk diagnosa (ICD 10) dan prosedur Klinikal ( ICD 9 CM ) mengikut kod klasifikasi yang ditetapkan.
2. Mengurus permohonan Laporan Perubatan.
3. Menguruskan penubuhan Lembaga Perubatan.
4. Menyediakan keperluan yang berkaitan isu-isu ‘medico legal’.
5. Memantau Aktiviti - Aktiviti Kualiti : “National Indicator Approach”, HPIA Dan Audit RPP.
a. Penghantaran RPP dari wad ke URP dalam tempoh yang ditetapkan selepas Discaj ( 72 jam hari bekerja ).
b. Proses penyediaan laporan perubatan dalam tempoh yang ditetapkan ( 2 minggu hari bekerja ).
c. Audit RPP ( peasakit dalam).
6. Mengumpul, menyemak dan menyediakan laporan statistik kesihatan :
URP bertanggungjawab sebagai penyelaras data statistik kesihatan yang diperlukan oleh hospital, Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Unit Rekod Perubatan mengumpul data bagi :
a. Pesakit Dalam ( PD ).
b. Pesakit Luar (PL) – Jabatan Kecemasan dan Trauma / Klinik Pakar/Jabatan pesakit luar.
c. Rawatan Harian.
d. Unit-unit Sokongan Klinikal.
e. Lain-lain laporan yang berkaitan dari masa ke semasa menurut arahan yang dikeluarkan.
7. Penyediaan Statistik Dan Laporan.
a. Ketua Jabatan/unit yang berkaitan bertanggungjawab ke atas ketepatan dan kesahihan data yang disediakan sebelum diserahkan ke URP dalam tempoh yang ditetapkan.
b. Maklumat demografik SMRP hendaklah dimasukkan oleh pihak yang mendaftar pesakit atau pihak wad.
c. Laporan Bulanan hendaklah dihantar ke URP sebelum atau pada 7hb. bulan berikutnya.
d. URP hendaklah menghantar laporan bulanan ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sebelum atau pada 15hb. bulan berikutnya.
e. URP hendaklah menghantar laporan tahunan ke JKNS sebelum atau pada 14hb. Februari tahun berikutnya.