Unit Sajian


PENGENALAN

Unit Sajian adalah sebuah unit yang bertanggungjawab dalam penyediaan makanan pesakit dalam, di Hospital Ranau.
Terletak bersebelahan dengan Unit Hemodialisis, Unit Sajian Hospital Ranau beroperasi dengan kekuatan hanya 5 anggota iaitu seorang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (PPPM C29), 4 orang Pembantu Penyediaan Makanan (PePM N11 - N19).

VISI
Menjadi peneraju kecemerlangan dalam pengurusan perkhidmatan makanan yang bertaraf antarabangsa.

MISI
Menyediakan perkhidmatan makanan yang sihat, berkualiti dan dijamin selamat menepati keperluan pelanggan.

OBJEKTIF
Umum :
  • Memastikan pengurusan perkhidmatan makanan dilaksanakan secara profesional, selamat, berkualiti dan efektif.
Khusus:
  • Memberi perkhidmatan makanan secara profesional dan efisyen berorientasikan keperluan dan kehendak pelanggan.
  • Menyediakan makanan yang sihat dan berkualiti mengikut prinsip Sistem Jaminan Keselamatan Makanan.

SKOP PERKHIDMATAN
  • Merancang, memesan dan menyimpan stok bahan makanan berdasarkan keperluan pesakit dan doktor atas panggilan.
  • Menyedia dan memasak makanan untuk pesakit di dalam Wad hospital, pesakit hemodialisis, doktor atas panggilan dan juga penjaga kepada kanak-kanak dibawah 12 tahun di dalam wad.
  • Memberi perkhidmatan kaunseling pemakanan kepada pesakit yang dirujuk (pesakit dalam dan luar) semasa lawatan berkala pegawai dietetik.