Unit Dewan Bedah


1.0 PENGENALAN

1.1 Perkhidmatan anestesia atau pembiusan adalah salah satu perkhidmatan bidang klinikal utama yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital-Hospital Berpakar dan Tanpa Pakar (dengan seliaan hospital pakar yang terdekat).

1.2 Dokumen dasar ini merangkumi aspek utama perkhidmatan Dewan Bedah seperti organisasi, keperluan sumber manusia dan aset serta pengurusan pesakit semasa di dalam Dewan Bedah, etika dan pentadbiran klinikal dan pengurusan sisa klinikal.

1.3 Dokumen ini akan dikaji semula dan dikemaskini setiap tiga tahun atau apabila diperlukan.

1.4 Unit Dewan Bedah Hospital Ranau merupakan salah satu komponen penting dalam Perkhidmatan Hospital Ranau. Unit ini juga merujuk kepada Hospital Berpakar terdekat iaitu Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah.

1.5 LOKASI

Unit Dewan Bedah terletak di Aras Bawah bersebelahan dengan Unit CSSU dan Bilik Bersalin, Wad Obstetrik & Ginekologi. Unit ini mempunyai 2 Bilik Bedah, 1 bilik induksi, 2 bilik skrub, 1 bilik persediaan, 1 ruang pemulihan, kaunter pendaftaran, 1 bilik rehat kakitangan & pantri, 2 Bilik Persalinan, dan 1 stor Surgikal.

1.6 Selain itu, terdapat 2 pintu masuk ke Dewan Bedah termasuklah melalui Pintu utama laluan kakitangan, Pakar Bedah dan Pegawai Perubatan. Pintu masuk utama pesakit dan pengiring melalui ruangan “Airlock” sebelum memasuki Dewan Bedah.

2.0 VISI

Menyediakan perkhidmatan operatif yang cekap, komprehensif dan berkualiti berasaskan teknologi dan teknik pembiusan yang selamat dan diiktiraf melalui anggota pasukan yang professional, berdedikasi, efisyen dan bersifat penyayang, prihatin terhadap kehendak dan keselesaan pesakit. Berusha meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan di kalangan masyarakat tempatan melalui system pengendalian yang sistematik, berkualiti dan mesra serta menghormati dan melindungi kerahsiaan pelanggan setiap masa.

3.0 MISI

Memberikan perkhidmatan Dewan Bedah yang cemerlang dan berkualiti dengan pembentukan Perkhidmatan Bius dan Perioperatif yang komprehensif berlandaskan teknologi dan teknik pembiusan yang

3.1 cekap, selamat, diiktiraf, berkesan dan berkualiti melalui penekanan terhadap kehendak, keselesaan pesakit dan kepuasan pelanggan.

3.2 Memupuk dan membentuk budaya kerja yang professional, terlatih, berdedikasi, efisyen, dan bersifat penyayang melalui perancangan latihan kepada semua kategori kakitangan.

3.3 Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam.

3.4 Memastikan segala program rancangan kesihatan di laksanakan selaras dengan polisi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

3.5 Memberikan perkhidmatan rawatan surgery dan

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menyediakan perkhidmatan rawatan yang berkesan, berkualiti dan selamat kepada pesakit yang menjalani pembedahan, pembiusan dan lain-lain prosedur perubatan.

4.2 Memastikan keselamatan pesakit dengan menyemak data serta pesakit dengan betul, Borang Keizinan Pembedahan dan Pembiusan telah ditandatangani.

4.3 Menyediakan persekitaran pembedahan yang sesuai serta mematuhi “Standard Precautions” yang telah ditetapkan.

4.4 Menyediakan peralatan pembedahan yang sesuai serta memastikan semua peralatan telah disucihama (Autoclave).

4.5 Menetapkan standard perkhidmatan pembiusan dan pembedahan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

5.0 SKOP PERKHIDMATAN

5.1 Unit menyediakan khidmat pra-anestesia di wad-wad bagi kes-kes elektif sehari sebelum pembedahan dijalankan, anesthesia atau pembiusan sewaktu pembedahan dan penjagaan selepas pembedahan di ruang pemulihan.

5.2 Perkhidmatan anestesia bagi kes-kes kecemasan yang dibenarkan seperti yang terangkum didalam Polisi Pembiusan Unit Dewan Bedah Hospital Ranau.

6.0 PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

6.1 Perkhidmatan Pra-Anestesia di Wad dan Dewan Bedah.

6.2 Perkhidmatan Pembiusan Am (General Anaesthesia).

6.3 Perkhidmatan Pembedahan dan Pembiusan Obstetrik & Ginekologi.

6.4 Perkhidmatan Pembiusan Spinal (Spinal Anaesthesia).

6.5 Perkhidmatan Sedasi (Sedation).

6.6 Perkhidmatan Pembiusan Setempat (Local Anaesthesia).

6.7 Perkhidmatan Pembedahan Major (Elektif dan Kecemasan).

6.8 Perkhidmatan Pembedahan Minor (Elektif dan Kecemasan).

6.9 Perkhidmatan Pembedahan Oftamologi.

6.10 Perkhidmatan Pembedahan Plastik.

6.11 Perkhidmatan Pembedahan Kanak-Kanak (Pediatric Surgery).

6.12 Perkhidmatan OGDS & Colonoscopy.