Unit Farmasi & Bekalan
Meningkatkan kesihatan rakyat menerusi kecemerlangan dalam amalan farmasi
1. Memastikan sistem organisasi yang efektif dan responsif ke arah kelestarian perkhidmatan berkualiti.
2. Membina keupayaan dan profesionalisme menerusi pembangunan bakat dan pemerkasaan tenaga kerja.
3. Memperhebat kerjasama ke arah mencapai piawaian dan amalan terbaik.
1. Memastikan kebolehcapaian berterusan terhadap ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan kos efektif.
2. Memperkukuh penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti dan rasional ke arah kesihatan yang lebih baik.
PIAGAM PELANGGAN
1. UNIT FARMASI PESAKIT DALAM
Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:
Memastikan pembekalan ubat ke wad / unit bagi preskripsi / pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 3
jam dalam waktu pejabat.
2. UNIT FARMASI PESAKIT LUAR
Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:
Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh
yang dijanjikan.
3. UNIT FARMASI LOGISTIK
Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:
Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, dalam tempoh tidak
melebihi 30 hari bekerja selepas bekalan tersebut diterima di farmasi stor logistik.
AKTIVITI-AKTIVITI PERKHIDMATAN UNIT FARMASI
Perkhidmatan Unit Farmasi, Hospital Ranau terbahagi kepada :-
Merupakan perkhidmatan kaunter Farmasi untuk membekalkan ubat-ubatan
kepada para pesakit luar.
2. Farmasi Pesakit Dalam
Merupakan perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan kepada semua wad/unit
pengguna Hospital Ranau melalui tiga (3) cara iaitu :-
i) Unit of Use (UOU)
ii) Unit of Dose (UDS)
iii) Floor Stock
Pembekalan ubat di troli kecemasan supaya ubat sentiasa mencukupi
3. Perkhidmatan Pra-Bungkus
Merupakan perkhidmatan pembungkusan semula ubat-ubatan secara pukal kepada unit-unit pembungkusan kecil yang sesuai diberikan kepada para pesakit dan unit-unit pengguna hospital.
4. Perkhidmatan Maklumat Ubat-Ubatan dan Racun
Merupakan perkhidmatan penerangan serta memberikan sebarang maklumat yang berkaitan dengan ubat-ubatan dan racun kepada anggota hospital, pesakit serta orang awam. Perkhidmatan ini juga membantu untuk mendapatkan dan memberikan jawapan kepada sebarang persoalan atau kemusykilan anggota hospital, para pesakit dan orang awam tentang ubat-ubatan.
5. Perkhidmatan Kaunseling Ubat-ubatan
Pegawai Farmasi akan memberikan perkhidmatan kaunseling mengenai ubat-ubatan kepada para pesakit yang memerlukan seperti pesakit geriatrik, pesakit tidak komplians, pesakit yang dipreskrib dengan pelbagai ubat dan sebagainya.
Perkhidmatan bed-side dispensing disediakan untuk wad perempuan, lelaki, kanak-kanak dan O & G.. Ubat akan terus di dispen kepada pesakit ‘discaj’ dari wad tersebut oleh pegawai farmasi.
7. Therapeutic Drug Monitoring (TDM)
o Pemonitoran terapeutik ubat untuk memastikan ia selamat dan berada di dalam lingkungan yang dibenarkan.
8. Perkhidmatan Farmasi wad/klinikal
Perkhidmatan farmasi wad dikendalikan oleh pegawai farmasi. Pegawai farmasi akan bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan dengan menggunakan borang-borang CP yang telah disediakan.Pegawai farmasi juga boleh memberikan cadangan berkenaan penggunaan ubat-ubatan di wad.
9. Perkhidmatan MTAC
Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) telah ditawarkan di unit farmasi seperti berikut:
i). MTAC warfarin
ii). MTAC diabetes mellitus
10. Aktiviti Stor
Seperti yang diterangkan dalam polisi stor Hospital Ranau
1. Unit Farmasi Pesakit Luar Hospital Ranau beroperasi mengikut Masa Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu :
i. Isnin hingga Jumaat : 7.30 pagi – 5.00 petang
ii. Sabtu, Ahad dan cuti umum : 8.30 pagi – 1.30 tengahari
2. Unit Farmasi Pesakit Dalam Hospital Ranau beroperasi mengikut Masa Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu :
i. Isnin hingga Khamis : 8.00 pagi – 1.00 petang 2.00 petang - 5.00 petang
ii. Jumaat : 8.00 pagi – 11.30 tengah hari 2.00 petang – 5.00 petang
iii. Sabtu, Ahad dan cuti umum : 8.30 pagi – 1.30 tengahari
3. Unit Farmasi Logistik Hospital Ranau beroperasi mengikut masa pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu:
i. Isnin hingga Khamis : 8.00 pagi – 1.00 petang 2.00 petang – 5.00 petang
ii. Jumaat : 8.00 pagi – 11.30 tengah hari 2.00 petang – 5.00 petang
iii. Sabtu, Ahad dan cuti umum : Tiada perkhidmatan