Unit Forensik
PENGENALAN:
Unit Forensik (dulu dikenali Rumah Mayat) Hospital Ranau adalah dari sebuah bangunan kecil yang mempunyai sebuah “autopsy table” dengan sebuah peti sejuk untuk menyimpan mayat. Pada tahun 2002 bangunan baru telah siap dibina dan terletak di belakang Makmal/Patologi Hospital Ranau. Boleh dihubungi dengan telefon 088.875266 dan sambungan 222/221
Unit Forensik mempunyai tiga buah bilik autopsi dan bilik penyediaan mayat untuk mayat Muslim, Bukan Muslim dan reput. Dilengkapi dengan peralatan autopsi yang moden seperti 3 buah peti sejuk dengan 2 kompartmen setiap satu, 3 buah “autopsy table”, 2 buah “autopsy cutter” dan lain-lain peralatan. Unit Forensik juga mempunyai sebuah Bilik Pejabat, kaunter pendaftaran, stor am atau stor penyimpanan peralatan, bilik rehat, tandas kakitangan dan pemadam api serta lain-lain kelengkapan.
Ketua Unit Forensik ialah seorang Pegawai Perubatan. Dijaga oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U32 dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U32 (KUP) serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U11. Beroperasi waktu pejabat iaitu dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang. Selepas waktu pejabat, hujung minggu dan cuti umum dikendalikan oleh kakitangan atas panggilan.
Unit Forensik menyediakan kemudahan penyimpanan mayat sehingga dituntut oleh waris serta kemudahan memandi dan kafan jenazah. Bedah siasat mayat juga dilakukan di unit ini terutama sekali didalam kes-kes medico-legal.
VISI
Memberi perkhidmatan forensik dan perundangan yang cepat, tepat dan cekap berlandaskan sistem pengurusan yang berkualiti serta memenuhi kepuasaan pelanggan.
MISI
Unit Forensik akan menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan dinamik. Menggunakan teknologi terkini dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap kepuasan pelanggan berteraskan budaya kualiti kerja berpasukan dan profesionalisma
OBJEKTIF
1 Mengoptimakan taraf perkhidmatan forensik bagi menyokong sistem perundangan Malaysia.
2. Menyediakan perkhidmatan Forensik yang menyeluruh dengan menberikan perkhidmatan forensik yang bebas dan berkecuali serta tidak terikat dengan mana-mana pihak demi keadilan.
3. Mewujudkan kemahiran serta kecekapan di kalangan kakitangan perubatan dan pengkhususan bagi mengendalikan kes-kes medico-legal yang lebih efektif.
4. Memberi khidmat nasihat dan pengendalian jenazah yang lebih cekap serta mahir.
5. Memberi perkhidmatan perundangan perubatan yang berkesan, efisien dan menyeluruh termasuk siasatan makmal.
6. Pengurusan kematian dibuat di bawah satu pentadbiran.
7. Meningkatkan mutu perkhidmatan sejajar dengan perkembangan teknologi baru untuk membenteras jenayah.
8. Mengadakan hubungan inter dan intra jabatan yang terlibat berkaitan dengan masalah forensik
9. Mengambil kira sensitiviti setempat, kaum dan budaya dalam melaksanakan tugas seharian.
10. Menyediakan infrastruktur dan tenaga manusia yang cukup untuk menjalankan perkhidmatan yang lebih baik akibat peningkatan beban kerja di seluruh Negara.

SKOP PERKHIDMATAN.
1. Memberi perkhidmatan pengendalian jenazah bagi semua pengurusan kes kematian di hospital.
2. Menyediakan kemudahan untuk menyimpan mayat sehingga dituntut oleh waris.
3. Menjalankan bedah siasat semua kes mediko-legal dan kes-kes yang tidak dapat dipastikan punca kematian.
4. Menyediakan laporan bedah siasat yang lengkap.
5. Menyediakan tempat dan kemudahan untuk permandian jenazah.
6. Penghantaran jenazah tidak disediakan.