Unit Kejururawatan



PENGENALAN

Unit kejururawatan belum mempunyai Penyelia Jururawat gred U36 setakat ini dan tugas Penyelia Jururawat ditanggung oleh KJ Nesline Kinat gred U32 dan dibantu oleh seorang Jururawat Masyarakat U19. Secara keseluruhannya setakat bulan September 2019, mempunyai seramai 157 jururawat pelbagai kategori dan seramai 38 0rang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK). Jumlah keseluruhan anggota kejururawatan sehingga bulan September seramai 195 orang.

VISI

Kearah perkhidmatan Kejururawatan yang cemerlang,berkualiti melalui profesionalisma serta mengamalkan budaya penyayang dan kerja berpasukan.

MISI

1. Menyediakan perkhidmatan penjagaan dan perawatan perubatan secara   menyeluruh ketahap optima.
2. Bekerja sebagai satu pasukan dalam perkongsian dengan komuniti untuk menggalakkan kesejahteraan kesihatan bagi masyarakat umum.
3. Mewujudkan budaya kerja yang mesra pelanggan
4. Mempertingkatkan pengetahuan melalui pendidikan dan latihan.


OBJEKTIF

1. Unit Kejururawatan bertanggungjawab memberi perkhidmatan secara holistik,kerja berpasukan,penyayang dan professional.
2. Memperkukuhkan sistem pengurusan melalui pembelajaran berterusan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.

SKOP PERKHIDMATAN


Merangkumi beberapa komponen seperti berikut:

i) Perawatan klinikal
ii) Pengurusan klinikal
iii) Perlaksanaan dan pemantauan Malaysian Patient Safety Goals
iv) Continous Professional Development
v) Kajian dan Penyelidikan