Unit Patologi


1.0 LOKASI

Unit Perkhidmatan Patologi terletak bersebelahan dengan bangunan Jabatan Pesakit Luar dan berhadapan dengan Unit Forensik Hospital Ranau.

2.0 OBJEKTIF POLISI OPERASI

Polisi Operasi Unit Patologi ini adalah menggariskan langkah-langkah dan peraturan sebagai panduan kepada semua anggota di unit ini semasa menjalankan tugas. Polisi ini juga akan memberi gambaran yang jelas tentang perkhidmatan kepada pelanggan, struktur unit, aktiviti aktiviti yang dijalankan dan sebagainya.

3.0 VISI

Menyediakan perkhidmatan Patologi yang cekap, tepat dan berinovasi berlandaskan sistem pengurusan berkualiti yang memenuhi kepuasan dan keperluan pelanggan.

4.0 MISI

Perkhidmatan Patologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya kualiti dan penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisma demi kecemerlangan rawatan pesakit.



5.0 Gambar Unit