Unit Pesakit Luar


JABATAN PESAKIT LUAR

Jabatan Pesakit Luar adalah satu jabatan barisan hadapan hospital dan ia merupakan pusat penerimaan bagi kes-kes bukan kecemasan yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan kes bukan kecemasan.

WAWASAN

Berusaha meningkatkan taraf kesihatan di kalangan masyarakat tempatan melalui sistem pengendalian yang sistematik, berkualiti dan mesra serta menghormati dan melindungi kerahsiaan pelanggan setiap masa.


MISI 

• Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan Pesakit Luar
• Memastikan segala program rancangan dilaksanakan selaras dengan polisi Kementerian Kesihatan Malaysia
• Memberikan perkhidmatan dan rawatan yang cekap, berkesan dan berkualiti kepada pelanggan melalui penekanan kepada kehendak dan kepuasan pelanggan.

OBJEKTIF 

Menyediakan perkhidmatan perubatan dan rawatan susulan yang berkualiti, cekap, saksama, mudah diperolehi dan mesra serta menekankan kepuasan pelangan dan pencapaian piawaian kualiti ke arah kecemerlangan perkhidmatan yang bermutu.


PERKHIDMATAN

• Memeriksa dan memberi rawatan penyakit ringan
• Merujuk pesakit yang perlu kepada Pegawai Perubatan
• Membuat pemeriksaan kesihatan ( Bilik 9 )
• Membuat penyiasatan makmal dan X-Ray
• Klinik Diabetes Mellitus
• Pemeriksaan tekanan darah
• Bilik rawatan ( Bilik 7 )

1. Rawatan luka
2. Suntikan
3. Pemeriksaan ECG
4. STO
5. Penggantian CBD
 Promosi kesihatan/Pendidikan kesihatan


LAIN-LAIN AKTIVITI

 Kajian Kepuasan Pelanggan
 Kajian Masa Menunggu ( e-masa )
 Aktiviti 5S
 Perkhidmatan Kaunter
 Kem Perubatan