Unit Radiologi


1. PENGENALAN

LOKASI

Unit Radiologi terletak berhampiran dengan Unit Pesakit Luar, Unit Kecemasan dan Trauma dan Unit Dewan Bedah. Ianya juga berada di laluan pintu utama masuk ke wad-wad.

PERKHIDMATAN

Unit Radiologi merupakan satu unit sokongan klinikal yang menyediakan perkhidmatan radiologi kepada pesakit dalam, pesakit luar dan pesakit dari Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Ranau. Perkhidmatan ini juga merangkumi pesakit- pesakit yang dirujuk dari Klinik Kesihatan dan hospital lain.

KEMUDAHAN

Unit ini juga hanya mempunyai satu bilik pemeriksaan, satu bilik gelap untuk memproses filem dan satu bilik persalinan pakaian untuk kegunaan pesakit. Selain itu, terdapat kaunter, bilik rehat kakitangan dan bilik Ketua Unit. Penyimpanan stok konsumabel ditempatkan dalam kabinet kayu di dalam bilik gelap.
Ruang menunggu pesakit adalah di luar Unit Radiologi, memandangkan ruang di depan kaunter adalah sangat terhad untuk menempatkan pesakit.

2. VISI

Unit Radiologi, Hospital Ranau sebagai pusat perkhidmatan radiologi terunggul di daerah Ranau.

3. MISI

Menghasilkan imej radiograf bernilai diagnostik yang optimum untuk kesejahteraan pesakit.

4. OBJEKTIF

- Menggembleng sumber tenaga dan kemudahan sedia ada di Unit Radiologi secara maksima.
- Menggalakkan peningkatan pengetahuan dan kemahiran di kalangan kakitangan Unit Radiologi melalui pembelajaran berterusan.

5. PIAGAM PELANGGAN

Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa :

1. Akan dilayan dengan baik dan mesra
2. Kerahsiaan dan keselamatan adalah dipelihara semasa menjalani pemeriksaan
3. Akan diberi penerangan yang jelas dan difahami mengenai pemeriksaan dan risiko yang mungkin, jika dikehendaki
4. Diberikan tarikh temujanji dan penerangan persediaan sebelum pemeriksaan dijalankan
5. Masa untuk menjalani pemeriksaan adalah 45 minit dan dalam keadaan biasa
6. Kes-kes kecemasan dan pesakit tenat adalah diutamakan tanpa mengira keadaan dan masa bekerja


6. SKOP PERKHIDMATAN

WAKTU OPERASI

PEMERIKSAAN RADIOGRAFI AM

- Rangka kepala Dada
- Abdomen (termasuk KUB) Turus Vertebra
- Pelvis Sendi Pinggul
- Ekstrimiti Atas Ekstrimiti Bawah

PEMERIKSAAN RADIOGRAFI KHAS - Intravenous Urography (IVU).

PEMERIKSAAN RADIOGRAFI MUDAH GERAK

Dilakukan menggunakan mesin x-ray mudah gerak, yang mana boleh ditolak ke wad-wad, Unit Kecemasan dan Trauma serta Dewan Bedah
.
PEMERIKSAAN RADIOGRAFI FORENSIK - Pemeriksaan x-ray terhadap mayat.

PEMERIKSAAN RADIOGRAFI SELEPAS WAKTU PEJABAT

Kes-kes pada waktu ini dilakukan oleh seorang Juru X-Ray mengikut jadual bertugas yang disediakan oleh Ketua Unit setiap bulan.

7. PERJAWATAN

JAWATAN : Pegawai Perubatan UD44

- Nama : Doktor Nur Hanani Binti Ruzman
- Tarikh lantikan : 22.02.2016
- Pengesahan jawatan : 07.11.2017
- Tarikh lapor diri : 10.04.2018
- Kelulusan Profesional : Bachelor in Madicine and Surgery (MBBS)
- No. APC : 45818 / 2018

JAWATAN : Juru X-Ray U32
- Nama : Puan Chrisnawati Salian
- Tarikh lantikan : 08 Mac 2004 / 12 Oktober 2015
- Pengesahan jawatan : 08 Mac 2005 / 12 Oktober 2016
- Tarikh lapor diri : 01 Disember 2008
- Kelulusan Profesional : Diploma Radiografi (2001-2003)

JAWATAN : Juru X-Ray U29
- Nama : Puan Masdiah Bajah
- Tarikh lantikan : 13/09/2006
- Pengesahan jawatan : 11/09/2007
- Tarikh lapor diri : 02/05/2017
- Kelulusan Profesional : Diploma Radiografi (2003-2006)
- No. Sijil Credentialing : CP-AHP/DR/0168
- Tugas dan tanggungjawab : Penyelaras statistik dan beban kerja Unit Radiologi
Setiausaha Komiti Perlindungan Radiasi

- Nama : Puan Hilda Lim Chiu Hsia
- Tarikh lantikan : 15/08/2007
- Pengesahan jawatan : 15/08/2008
- Tarikh lapor diri : 15/03/2010
- Kelulusan Profesional : Diploma Radiografi (2004-2007)
- No. Sijil Credentialing : CP-AHP/DR/0510
- Tugas dan tanggungjawab : Penyelaras HPIA, Pegawai Pemeriksa Aset, AJK Audit   EKSA

- Nama : Encik Welfred Gimbun
- Tarikh lantikan : 31/10/2008
- Pengesahan jawatan : 31/10/2009
- Tarikh lapor diri : 30/07/2010
- Kelulusan Profesional : Diploma Radiografi (2005-2008)
- No. Sijil Credentialing : CP-AHP/DR/0511
- Tugas dan tanggungjawab : Penyelaras Analisa Penolakan Filem, Juru Audit Dalaman MS ISO

- Nama : Encik Hairul Nizam Julain
- Tarikh lantikan : 01/07/2010
- Pengesahan jawatan : 24/05/2013
- Tarikh lapor diri : 11/08/2014
- Kelulusan Profesional : Diploma Radiografi (2006-2009)
- Tugas dan tanggungjawab : Penyelaras Inovasi Unit Radiologi, Penyelaras Ubat-ubatan, Pegawai Penerima Aset

JAWATAN : Pembantu Perawatan Kesihatan U11
- Nama : Encik Polonius Kubin
- Tarikh lantikan : 02/01/1991
- Tarikh lapor diri : 13/11/2017
- Kelulusan Profesional : SRP