Wad Perempuan
PENGENALAN
WAD PEREMPUAN BEROPERASI SEMENJAK HOSPITAL RANAU DIBUKA. IA BEROPERASI DENGAN 16 BUAH KATIL. WAD TERBAHAGI KEPADA 2 KUBIKEL IAITU RUANG AKUT DAN RUANG KRONIK.
1. KUBIKEL AKUT SEBANYAK 6 BUAH KATIL (PESAKIT TENAT)
2. KUBIKEL KRONIK SEBANYAK 10 KATIL (PESAKIT KRONIK)
VISI
MEMBERIKAN PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM PADA TAHAP OPTIMA DENGAN MENGGUNAKAN SUMBER / KEMUDAHAN YANG SEDIA ADA.
MISI
1.ANGGOTA YANG SENTIASA KOMITED, BERMOTIVASI DAN SENTIASA MEMENTINGKAN ILMU PENGETAHUAN DALAM PERAWATAN/ PENJAGAAN PESAKIT
2. MENYEDIAKAN PENJAGAAN DAN PERAWATAN PESAKIT MELALUI AMALAN NILAI-NILAI MURNI DENGAN BERSIKAP SOPAN SANTUN, ADIL DAN SAKSAMA SEMASA MEMBERI RAWATAN KEPADA PESAKIT
3. BERUSAHA UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN PERAWATAN PESAKIT
OBJEKTIF
MENYEDIAKAN PENJAGAAN DAN PERAWATAN PESAKIT DALAM, DENGAN MENGAMBIL KIRA KEPERLUAN PESAKIT MELALUI SUMBER KEMUDAHAN YANG ADA DAN SENTIASA BERUSAHA MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN DARI MASA KE SEMASA.
WAD PEREMPUAN DITERAJUI OLEH;
PEGAWAI PERUBATAN UD44= 1 ORANG (YANG MENJAGA)
PEGAWAI FARMASI U41= 1 ORANG
KETUA JURURAWAT U32= 1 ORANG
JURURAWAT U32 (KUP)= 3 ORANG
JURURAWAT U41 = 1 ORANG
JURURAWAT U29= 11 ORANG
JURURAWAT MASYARAKAT U24(TBK)= 2 ORANG
JURURAWAT MASYARAKAT U19= 5 ORANG
PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11= 4 ORANG
SKOP PERKHIDMATAN
WAD PEREMPUAN MEMPUNYAI 16 BUAH KATIL (OFFICIAL). PESAKIT YANG MASUK KE DALAM WAD ADALAH MULTIDISIPLIN IAITU MEDIKAL,SURGIKAL,ORTHOPEDIK,PSIKIATRIK DAN MATA.
WAD MEMBERI PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN PEMBEDAHAN AM DI HOSPITAL TANPA PAKAR.
WAD MEMBERI PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN UNTUK PESAKIT YANG BERUMUR 12 TAHUN KE ATAS YANG MEMERLUKAN PEMERHATIAN DI WAD.
WAD MEMBERI KHIDMAT KAUNSELING DAN PENDIDIKAN KESIHATAN KEADA PESAKIT DAN KELUARGA.
MEMBERI PERKHIDMATAN 24 JAM SEHARI DENGAN KAKITANGAN KEJURURAWATAN BERTUGAS DALAM 3 SYIF
· SYIF PAGI : 7.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG
· SYIF PETANG : 2.00 PETANG HINGGA 9.00 MALAM
· SYIF MALAM : 9.00 MALAM HINGGA 7.00 PAGI
WAD PEREMPUAN JUGA MENERIMA PESAKIT YANG MENJALANI PEMBEDAHAN SEMASA LAWATAN PAKAR DARI HOSPITAL QEH SEPERTI:
* LAWATAN PAKAR PEMBEDAHAN- DIMANA TATACARA OGDS/COLONOSCOPY DAN PEMBEDAHAN DIJALANKAN
* LAWATAN PAKAR MATA- DIMANA PEMBEDAHAN DIJALANKAN
WAD PEREMPUAN JUGA TERLIBAT DALAM MELAKUKAN RUJUKAN PESAKIT KE HOSPITAL RUJUKAN UNTUK MENERUSKAN RAWATAN LEBIH LANJUT.
WAD PEREMPUAN BERTANGGUNGJAWAB MEMASTIKAN MUTU PERKHIDMATAN BERKUALITI TINGGI SEJAJAR DENGAN VISI DAN MISI PERKHIDMATAN IAITU DENGAN ADANYA
· PEMANTAUAN SOP
· CPD JURURAWAT
· NURSING CARE PLAN DAN NURSING DOCUMENTATION
· PATIENT SAFETY GOAL
· PAIN FREE HOSPITAL
· PEMANTAUAN NURSING KUALITI TERMASUKLAH THROMBOPHLEBITIS, PRESSURE ULCER DAN PATIENT FALL.