Masa Operasi | |
---|---|
Hari | Masa |
Isnin hingga Jumaat | 8.00 pagi – 5.00 petang |
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum | Dikendalikan oleh kakitangan atas panggilan |
Pengenalan
Unit Sajian adalah sebuah unit yang bertanggungjawab dalam penyediaan makanan pesakit dalam, di Hospital Ranau.
Terletak bersebelahan dengan Unit Hemodialisis, Unit Sajian Hospital Ranau beroperasi dengan kekuatan hanya 5 anggota iaitu seorang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (PPPM C29), 4 orang Pembantu Penyediaan Makanan (PePM N11 – N19).
Visi
Menjadi peneraju kecemerlangan dalam pengurusan perkhidmatan makanan yang bertaraf antarabangsa.
Misi
Menyediakan perkhidmatan makanan yang sihat, berkualiti dan dijamin selamat menepati keperluan pelanggan.
Objektif
Objektif Umum :
- Memastikan pengurusan perkhidmatan makanan dilaksanakan secara profesional, selamat, berkualiti dan efektif.
Objektif Khusus :
- Memberi perkhidmatan makanan secara profesional dan efisyen berorientasikan keperluan dan kehendak pelanggan.
- Menyediakan makanan yang sihat dan berkualiti mengikut prinsip Sistem Jaminan Keselamatan Makanan.
Skop Perkhidmatan
- Merancang, memesan dan menyimpan stok bahan makanan berdasarkan keperluan pesakit dan doktor atas panggilan.
- Menyedia dan memasak makanan untuk pesakit di dalam Wad hospital, pesakit hemodialisis, doktor atas panggilan dan juga penjaga kepada kanak-kanak dibawah 12 tahun di dalam wad.
- Memberi perkhidmatan kaunseling pemakanan kepada pesakit yang dirujuk (pesakit dalam dan luar) semasa lawatan berkala pegawai dietetik.