
Ranau terletak di kaki Gunung Kinabalu iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. Perjalanan darat dari Kota Kinabalu ke Ranau mengambil masa 2 jam yang mana jaraknya adalah 124 KM. Hospital Ranau terletak 2 KM dari Pekan Ranau.
Keluasan tanah hospital sebesar 14.9 ekar dan ditambah lagi 4 ekar pada tahun 2004. Hospital ini dilengkapi dengan kemudahan asas sepeti bekalan air bersih, tenaga elektrik dan jalan raya yang berturap.
Polisi
Hospital Ranau bertekad untuk sentiasa mengamalkan budaya EKSA demi persekitaran yang bersih, kemas, selesa dan selamat.
Objektif
- Mewujudkan suasana tempat kerja yang bersih, kemas, selamat dan selesa serta memupuk semangat kerjasama di kalangan kakitangan.
- Mempertingkatkan budaya kerja berpasukan dikalangan kakitangan.
- Mempertingkatkan persekitaran yang selamat, bersih dan selesa kepada pelanggan dan warga hospital.
Visi
Hospital Ranau sebagai satu organisasi yang mesra kepada pelanggan dan kakitangan melalui EKSA.
Misi
Sentiasa mewujudkan penambahbaikan suasana perkhidatan kesihatan di Hospital Ranau sebagai satu organisasi yang mesra kepada pelanggan dan kakitangan melalui EKSA.
Tarikh Beroperasi
- Tahun 1932 : Dispensari/Klinik Desa, berdekatan dengan Sungai Liwagu)
- Tahun 1954 : Government Dispensari Ranau – Tapak sekarang
- Tahun 1960 : Cottage Hospital Ranau – Naik taraf
- Tahun 1970 : Bangunan baru dibina
- Tahun 1973 : Bangunan baru digunakan
- Tahun 1974 : Hospital dirasmikan, mempunyai 52 katil
- Tahun 1979 : Dibina wad baru & wad pengasingan, 91 katil rasmi
- Tahun 1980 : Dibina Pejabat Kesihatan Ranau dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Ranau dalam kawasan hospital
- Tahun 1996 : Klinik Pergigian Ranau dibina dalam kawasan hospital