Informasi Hospital
Ranau terletak di kaki Gunung Kinabalu iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. Perjalanan darat dari Kota Kinabalu ke Ranau mengambil masa 2 jam yang mana jaraknya adalah 124 KM. Hospital Ranau terletak 2 KM dari Pekan Ranau.
Keluasan tanah hospital sebesar 14.9 ekar dan ditambah lagi 4 ekar pada tahun 2004. Hospital ini dilengkapi dengan kemudahan asas sepeti bekalan air bersih, tenaga elektrik dan jalan raya yang berturap.
Tarikh Beroperasi:-
- Tahun 1932 (Dispensari / Klinik Desa, berdekatan dengan Sungai Liwagu)
- Tahun 1954 (Government Dispensari Ranau - Tapak sekarang)
- Tahun 1960 (Cottage Hospital Ranau - Naik taraf)
- Tahun 1970 ( Bangunan baru dibina)
- Tahun 1973 (Bangunan baru digunakan)
- Tahun 1974 (Hospital dirasmikan, mempunyai 52 katil)
- Tahun 1979 (Dibina wad baru & wad pengasingan, 91 katil rasmi)
- Tahun 1980 (Dibina Pejabat Kesihatan Ranau dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Ranau dalam kawasan hospital)
- Tahun 1996 (Klinik Pergigian Ranau dibina dalam kawasan hospital)